Resipi Kek Cawan Comel!
Hai semua.....
Hari ini bosanlah.....
Hmm.....mahu cerita apa ya hari ini.....
Haaa!Apa kata Nana ceritakan bagaimana mahu menghasilkan kek cawan!(Bertukar baju Chef terkenal)
Hai penonton-penonton!Sayalah Chef Nana, akan berkongsi ilmu menghasilkan kek cawan yang kecil, comel, molek,tetapi mudah dibuat!(terperasan diva sekejap.....hehehe...)
Hmmm.....Bahan-bahan untuk membuat kek cawan tidaklah susah dicari,kadang-kadang ia sudah terpacak di atas meja sedia digunakan.....
Bahannya ialah....
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
250 gm marjerin
1 1/2 cawan gula halus
4 telur
1 cawan susu
1 sudu besar esen vanilla
Haa....Sebelum kawan-kawan menyarungkan apron,Nana ada sedikit peringatan.....
1.Bagi
yang pernah menonton Boboiboy episod 21 dan 22,jangan sesekali meniru
aksi Boboiboy Angin mengambil jenama makanan yang tidak dikenali ya!
2.Rasalah kek sebelum diberi kepada orang lain,takut-takut kalau kek cawan rasa macam kertas pasir!
1. Gaulkan 2 jenis tepung tadi dan ketepikan.
2. Pukul marjerin sampai putih dan masukkan gula dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung berselang-seli dgn susu dan kacau rata.Masukkan dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-30 minit.
Haa....Nanti bolehlah berlagak pandai.....hehehe......
No comments:
Post a Comment