Powered By Blogger

Sunday, 23 December 2012

Cara-cara menjadi seorang penulis

 Hari ini Nana mahu memberi tips kepada yang mahu menjadi bakal penulis ya!Sebenarnya Nana bukannya mahu berlagak, hanya memberi pandangan, kalau ada yang tidak puas hati, Nana minta maaf....

1. Inspirasi.Kita perlukan inspirasi untuk menulis.

2.Matlamat.Kita mahu menulis untuk apa? Novelis ini dituju untuk siapa? Awal remaja,remaja,dewasa,atau sesuai untuk semua peringkat umur?

3.Karakter yang dicipta haruslah ada keunikan dan dekat di hati pembaca.Contohnya kalau buku yang ditulis dituju kepada remaja,karakter sebaik-baiknya di antara 13-18 tahun.Apa yang dimaksudkan keunikan adalah seperti Boboiboy yang mempunyai cogan kata sendiri, Fasha( karakter ciptaan Ain Maisarah) suka intal rambut ketika berfikir dan lain-lain.

4.Penulisan yang unik.Haruslah ada keunikan dan janganlah dikatakan meniru.(Kalau boleh berjumpalah dengan penulis agar dapat memberi tips.-sebab Nana bukan penulis lagi....huhuhu)

5. Pandai memutarbelitkan cerita supaya pembaca susah mengagak kesudahannya. Tetapi jangan terlalu kerap.

6.Pelannya haruslah teliti supaya tiada apa-apa masalah.

7. Pengurusan masa. Setiap hari sekurang-kurangnya tulis selama 3 jam.

8.Luaran bukunya mestilah menarik.Bukan sahaja itu, tajuknya mestilah sesuai dengan cerita yang ditulis dan sasaran(bakal pembaca)

9.Selepas siap menulis, pastikan diedit sedikit.

10. Sebelum buku dihantar ke tangan penerbit, berilah beberapa orang membacanya.

11. Kalau anda berasa bosan, berhenti menulis dan bersiar-siarlah untuk merehatkan minda.


12.Jangan berputus asa.



Harapnya tips yang Nana berikan ini berkesan ya!




Terima Kasih kepada yang membaca......

 

1 comment: