Powered By Blogger

Wednesday, 26 December 2012

Petua hilangkan Panau(secara tradisional)

  Petua hilangkan Panau!

Hmm.....sejak kebelakangan banyak betul panau ingin jadi kawan baik Nana.....Pening betul cari petua untuk hilangkan panau yang degilnya bukan kepalang semata-mata tidak mahu menjejakkan kaki ke dalam farmasi....

Berikut adalah sedikit petua untuk kawan-kawan amalkan ya!

(Hmm....buat masa sekarang Nana cuma maklumkan 8 petua sahaja ya!)

Petua 1





Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia.Sapukan pada bahagian berpanau.Bolehlah lihat hasilnya dalam beberapa hari ya! 

Petua 2

Potong bawang putih dan gosok perlahan-perlahan pada tempat berpanau hingga kulit terasa pedih dan sedikit kemerah-merahan.Ulangi setiap hari hingga panau hilang.

Petua 3

Tumbuk halia  sebesar ibu jari hingga lumat. Tampalkan pada kulit berpanau selama 20 minit.Amalkan selalu hingga menampakkan hasil ya!

Petua 4

Tenyehkan pucuk lada pada kulit berpanau sambil berselawat.Amalkan selalu.

Petua 5

Ambil air yang diperah dari buah pinang dan sapukan secara perlahan-perlahan pada kulit yang bermasalah.Amalkan selalu ya!

Petua 6

Tumbuk daun buah pinang hingga lumat dan sapukan pada kulit.

Petua 7

Campurkan secekak daun kesum dengan sedikt minyak tanah.Gosokkan pada panau setiap hari hingga sembuh.

Petua 8

Tumbuk lumat beberapa helai daun gelanggang.Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.Amalkan selalu hingga hilang.

Harapnya petua yang Nana berikan dapat menghilangkan panau bertempel di kulit :)!

No comments:

Post a Comment