Wednesday, 26 December 2012
Tuesday, 25 December 2012
Galeri Kek Unik lagi Comel!
Resipi Kek Cawan Comel!
Hai semua.....
Hari ini bosanlah.....
Hmm.....mahu cerita apa ya hari ini.....
Haaa!Apa kata Nana ceritakan bagaimana mahu menghasilkan kek cawan!(Bertukar baju Chef terkenal)
Hai penonton-penonton!Sayalah Chef Nana, akan berkongsi ilmu menghasilkan kek cawan yang kecil, comel, molek,tetapi mudah dibuat!(terperasan diva sekejap.....hehehe...)
Hmmm.....Bahan-bahan untuk membuat kek cawan tidaklah susah dicari,kadang-kadang ia sudah terpacak di atas meja sedia digunakan.....
Bahannya ialah....
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 1/4 cawan tepung gandum
250 gm marjerin
1 1/2 cawan gula halus
4 telur
1 cawan susu
1 sudu besar esen vanilla
Haa....Sebelum kawan-kawan menyarungkan apron,Nana ada sedikit peringatan.....
1.Bagi yang pernah menonton Boboiboy episod 21 dan 22,jangan sesekali meniru aksi Boboiboy Angin mengambil jenama makanan yang tidak dikenali ya!
2.Rasalah kek sebelum diberi kepada orang lain,takut-takut kalau kek cawan rasa macam kertas pasir!
1. Gaulkan 2 jenis tepung tadi dan ketepikan.
2. Pukul marjerin sampai putih dan masukkan gula dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung berselang-seli dgn susu dan kacau rata.Masukkan dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-30 minit.
Haa....Nanti bolehlah berlagak pandai.....hehehe......
Hargailah alam sekitar!
Hai kawan-kawan....
Tahu tidak yang alam sekitar sudah tidak lagi seperti zaman dahulu......
Suatu hari Nana dan keluarga pergi ke pantai.....
Alangkah terkejutnya bila ternampak sampah sarap di rata-rata!
Cengkerang diganti plastik kecil....
Air diganti minyak......
Siap ada tengkorak lembu mengisytiharkan perubahan!
Bukan itu sahaja.....
Malah,di dalam televisyen, ada sekumpulan orang dewasa ke laut untuk menangkap ikan Nemo yang comel!Sesiapa yang pernah menonton animasi yang dibintangi ikan badut ini mesti tahu jalan ceritanyakan?
Nemo ditangkap penyelam tanpa belas kasihan....
Ayahnya cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi ditindas kaum manusia......
Begitu jugalah mangsa ikan-ikan artis yang tidak bersalah ini.....
Ayah mereka ditindas!Ditolak!Dan anaknya dibawa pergi dengan lelehan air mata yang menyayat hati.....(lelehan air mata yang menyayat hati Nana sengaja tambahkan supaya lebih dramatik..... hehehe....)
Cuba bayangkan haiwan-haiwan yang comel ini harus menghadap kepupusan yang diakibatkan kita!
panda yang gemuk gedempol......
penguin yang terkedek-kedek....
kuala yang hobinya tidur.....
Jadi, kepada yang membaca....
Renung-renungkanlah sambil menikamati segelas susu kocak dan ais krim coklat.....
Ain Maisarah Novelis Merah Jambu!
Ain Maisarah Novelis Merah Jambu!
Hai semua!
Ain Maisarah adalah penulis novel tanah air yang menjadi idola Nana!
Berikut adalah butir-butiran Kak Ain....
(Maklumat ini dipetik dari blog rasmi Ain Maisarah)
~Ain Maisarah~
~Menetap di Kuala Lumpur yang indah permai, tetapi …..sedikit berjerebu~
~Jangan risau, Johor sampai bila-bila tetap dihati~
~Hanya warna merah, hitam dan ungu sahaja yang cantik di mata!~
~Rabun jauh, tetapi tetap degil tidak mahu bercermin mata~
~50kg (mmmh….sebenarnya 53.5kg)~
~Pinggang 24cm (mmmh….sebenarnya 27cm)~
~Ketinggian rendah sedikit berbanding KLCC iaitu 167.5cm~
~Jerawat kawan baik saya~
~Lemak degil entah kenapa terlalu berminat mendampingi saya~
~Sentiasa tak pernah gagal membeli Cinnabon dan Rotiboy setiap kali ke KLCC~
~Tabik spring dengan masakan mamak yang terlalu hebat tiada tandingan!
~Jatuh cinta rasa pertama dengan kek keju Secret Recipe! Sedap!~
~Setiap kali singgah di Guardian, semestinya membelek-belek dahulu lipstik, paling kurang setengah jam~
~Tenang sekali melihat aksi-aksi 7 ekor anak kucing peliharaan yang nakal tahap Denise The Menace~~Teringin memberanikan diri terjun ke dalam bidang solekan profesional~
~Sedang dalam usaha mencipta nama sebagai penulis tersohor~
~Sangat cemburu dengan gaya hidup Paris Hilton!~
~Suka solekan Beyonce Knowles~
~Sedih mengenangkan Britney Spears yang semakin pudar glamornya~
~Obses dengan koleksi haruman Salvatore Ferragamo~
~Hilang kawalan bilamana melihat terpampangnya tanda SALE!~
~Bertahi lalat ditapak kaki. Rumusannya: Suka berjalan~
~Bertahi lalat di perut. Rumusannya: Kuat makan~
~Peminat setia Shopaholic, Devil Wears Prada dan CLEO~
~Histeria bila diserang lipas (teramatlah penakut!)~
~Pening-pening lalat bilamana perlu menyiapkan manuskrip buku~
~Seronok tahap maksima bila buku selamat diterbitkan~
~Menghargai pembaca sebagaimana menghargai sebutir berlian Habib Jewels!!~
Kepada yang meminati beliau......boleh layari www.ainmaisarah.com ya!
Monday, 24 December 2012
Animasi kegemaran Nana!
Hai semua pembaca setia!
Hari ini kita akan bincangkan( yalah tu... Hehehe.....)tentang kartun animasi kegemaran.....
Hmmm..... Apa animasi kegemaran kawan-kawan ya?Mari kita senaraikan 5 animasi yang paling kita gemari. Dari suka ke tahap obses ok!
Nombor 5
Dragon Ball Z Kai
Inilah Goku bersama rakan seperjuangannya......
Nombor 4
Power Puff Girls
Nombor 3
Katekyo Hitman Reborn
Vongola Decimo bersama Nat-Su.....
Nombor 2
Detective Conan
Nombor 1
Boboiboy Musim 1 & 2
Inilah animasi kartun kegemaran Nana......Kawan-kawan pula?
Sunday, 23 December 2012
Cara-cara menjadi seorang penulis
Hari ini Nana mahu memberi tips kepada yang mahu menjadi bakal penulis ya!Sebenarnya Nana bukannya mahu berlagak, hanya memberi pandangan, kalau ada yang tidak puas hati, Nana minta maaf....
1. Inspirasi.Kita perlukan inspirasi untuk menulis.
2.Matlamat.Kita mahu menulis untuk apa? Novelis ini dituju untuk siapa? Awal remaja,remaja,dewasa,atau sesuai untuk semua peringkat umur?
3.Karakter yang dicipta haruslah ada keunikan dan dekat di hati pembaca.Contohnya kalau buku yang ditulis dituju kepada remaja,karakter sebaik-baiknya di antara 13-18 tahun.Apa yang dimaksudkan keunikan adalah seperti Boboiboy yang mempunyai cogan kata sendiri, Fasha( karakter ciptaan Ain Maisarah) suka intal rambut ketika berfikir dan lain-lain.
4.Penulisan yang unik.Haruslah ada keunikan dan janganlah dikatakan meniru.(Kalau boleh berjumpalah dengan penulis agar dapat memberi tips.-sebab Nana bukan penulis lagi....huhuhu)
5. Pandai memutarbelitkan cerita supaya pembaca susah mengagak kesudahannya. Tetapi jangan terlalu kerap.
6.Pelannya haruslah teliti supaya tiada apa-apa masalah.
7. Pengurusan masa. Setiap hari sekurang-kurangnya tulis selama 3 jam.
8.Luaran bukunya mestilah menarik.Bukan sahaja itu, tajuknya mestilah sesuai dengan cerita yang ditulis dan sasaran(bakal pembaca)
9.Selepas siap menulis, pastikan diedit sedikit.
10. Sebelum buku dihantar ke tangan penerbit, berilah beberapa orang membacanya.
11. Kalau anda berasa bosan, berhenti menulis dan bersiar-siarlah untuk merehatkan minda.
12.Jangan berputus asa.
Harapnya tips yang Nana berikan ini berkesan ya!
Terima Kasih kepada yang membaca......
Boboiboy part 2
Hai kawan-kawan.....
Maafkan Nana sebab hanya menulis bersambung dalam blog lepas.....(Ini gara-gara kemahuan menikmati ais krim yang ada dalam peti ais... hehehe)
Galeri Boboiboy......
(Setiap gambar dipetik dari mesin carian devianart,saya tidak memiliki mana-mana gambar)
Boboiboy Angin
Inilah Boboiboy Taufan.Boboiboy Taufan adalah jelmaan dari Boboiboy Angin
Baju ini digunakan dalam Musim 2 Episod 4...
Inilah lukisan tiga Boboiboy paling comel!
Boboiboy part 1
Hai kawan-kawan!
Inilah animasi paling Nana gemari.Lihat sahaja gambar ini pun mesti sudah tahu ini animasi apa kan?
Bagi yang belum tahu, inilah animasi paling popular di Malaysia dan sekarang juga sudah mulai diminati oleh penduduk luar negara!Hebat bukan? Ianya Boboiboy! Seorang kanak-kanak lelaki (berumur 12 tahun)yang punya kuasa elemen tanah angin dan petir dari sebuah robot bernama Ochobot.Dia juga boleh berpecah tiga dan setiap satu hanya boleh mengawal satu elemen sahaja.Ikutilah pengembaraan Boboiboy dan rakan-rakannya menewaskan Adudu, si alien jahat yang mahu menakluki bumi semata-mata mahu mendapatkan koko!(Ish, lebih-lebih pula Nana ni..... hehehe)
Berikut adalah serba-sedikit mengenai Boboiboy dan galeri tentang dia.
Rupa Boboiboy
BoBoiBoy berusia 10 tahun (11 tahun dalam musim kedua). Dia memakai topi berwarna jingga bertompok kuning dan mempunyai motif raksasa yang bertanduk tiga menggarisi rentas tengah topi, bermulut jongang tetapi tidak bermata, dengan birainya menghadap ke belakang dan digarisi dengan tiga batang tanduk di tengah-tengah topi. BoBoiBoy memakai jaket tanpa lengan jingga yang berzip dengan lungsur zip yang berbentuk panahan petir, dengan kemeja T berdada putih dan berlengan perang di dalam, serta seluar panjang yang berwarna perang tua juga.
Dalam musim kedua, jaketnya berlainan kerana mempunyai hud serta lipatan luaran berwarna kuning di setiap hujung.
Mengikut konsep asal, topi BoBoiBoy sepatutnya ada tiga biji mata supaya ia nampak seperti anak raksasa yang comel. Lungsur zipnya juga tiada bentuk panahan petir.
Perwatakan Boboiboy
BoBoiBoy ialah seorang kanak-kanak lelaki yang cergas dan suka bermain (terutamanya bola sepak), tetapi dia seorang yang naif dan sedikit pelupa, apalagi menjadi lebih pelupa apabila terlalu lama menggunakan Kuasa Tiga. Sebagai orang baru di pekan Pulau Rintis, banyak perkara yang perlu dipelajarinya dan dia mengenali kawan-kawan baru iaitu Yaya, Ying dan Gopal. BoBoiBoy membantu datuknya,Tok Aba menjaga kedainya, Tok Aba's Kokotiam. Apabila timbul kesusahan, terutamanya yang disebabkan oleh Adudu, BoBoiBoy tidak berasa ragu menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan keadaan.
Selain pelupa, BoBoiBoy juga menggeruni bunyi belon pecah. Ini terbukti dalam babak yang mana Adu Du menangkap BoBoiBoy Petir dan menyeksanya dengan meletup-letup belon sehingga BoBoiBoy Petir sukar mengawal emosi lalu menjadi Boboiboy Halilintar.
Ciri yang paling penting dalam lenggok bahasa BoBoiBoy ialah cogan kata "Terbaik!" yang diujarnya sambil mengangkat ibu jari, setelah selesai menewaskan musuh atau melihat sesuatu yang mencuit hatinya. Kadang-kadang, tabiat ini juga dicontohi oleh beberapa watak lain, termasuk musuhnya Adu Du dan Probe.
-bersambung
Idola hidup!
Hai semua! Bertemu lagi dalam segman mari adakan sesi bercerita ! Tepuk!Tepuk!
Hmm.... Pembaca-pembaca sihat? Harapnya semua yang menjawab sihat wal afiat ya !
Hari ini kita akan bercerita fasal idola! Siapa ada idola angkat tangan! Siapa yang tiada diwajibkan berjalan itik sekeliling kampung! Hehehe..... Nakalnya nana!
Hmmm...... Nana pula ada 2 idola sahaja.......Cuba teka siapa! Adakah idola nana Chef Wan, tukang masak yang berjaya menambat hati ramai ibu untuk mencuba resipi miliknya? Ataupun Bill Gates? Antara orang terkaya di atas muka bumi ini?
Oh,tidak! Tidak! Tidak! Tidak sama sekali! Jawapannya..... Ain Maisrah, novelis remaja yang agak popular di Malaysia dengan novel nukilannya !Ok satu kekosongan telah diisi, jadi siapa yang seorang lagi?
Jeng!Jeng! Jeng! JK Rowling, novelis terkenal di pelusuk dunia hingga ke lubang cacing! JK Rowling ialan penulis British yang menulis karyanya yang bertajuk Harry Potter dan boleh dikatakan amat GAH!
Hebat bukan? Haa.... Itulah.... betapa hebatnya penangan dua penulis ini . Setiap satu penulis ada peminat yang ramai!Artis pun kalah! Memang glamour habis!Siap ada kelab peminat kecil-kecilan!Tengoklah dunia! Mereka telah membuktikan yang cita- cita menjadi penulis bukanlah satu pekerjaan sembarangan!
Haa......jadi kawan- kawan tunggu apa lagi? Carilah idola sendiri agar akan lebih lantang berani berkeyakinan tinggi ! Apabila ada banyak halangan , tidak kiralah diletakkan perangkap sekolam ikan pirana sekalipun , kita akan terus maju maju maju!Selepas kita berjaya nanti, janganlah kita bagaikan coklat lupakan pembalut ya!( Erk! Tapi jangan over confident ya!)
Sekian dari penceramah tidak bertauliah.....
Subscribe to:
Posts (Atom)